Saya percaya semua orang ada impian masing2 kan. Orang gila pon ada impian kot...cuma mungkin sukar untuk mereka zahirkan melalui kata-kata.
Of course saya pon ada impian. Yes...dari dulu sampai sekarang, impian kita takkan pernah terpadam, selagi hayat di kandung badan...betul tak???
Jujur, dulu saya sering mengimpikan untuk memiliki rumah besar, kereta hebat, duit yang banyak...hehehe sangat duniawi kan...hahaha tipu kalau saya kata sekarang saya dah tak fikir tentang semua ni. Rasanya selagi kita bernafas di atas muka bumi ini, kita masih perlu dan berkeinginan kepada keperluan material, cuma mungkin pada skala yang berbeza.
Sebelum ini saya rasa sangat ingin mengunjungi tanah suci Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, hajat saya dah tertunai. Terima kasih Allah kerana memperkenankan hajat saya dan menjemput saya menjadi tetamu di rumah mu dan di tanah kekasih mu. SubhanAllah....pengalaman yang tidak dapat saya nak gambarkan dengan kata-kata. Hanya hati yang bisa merasainya....setiap saat terasa dekat dengannya. Dan hati ini rasanya seperti ingin terus kekal di sana. Walau banyak tempat yang telah dikunjungi, kunjungan ini adalah yang terindah. Dan impian saya kini, agar terus diberikan kelapangan rezeki, kesihatan yang baik untuk kembali ke rumah mu...Amin
Impian saya yang seterusnya....saya berhajat untuk membuka pusat tahfiz dan pengajian Al-Quran. Kenapa, sebab pertama, saya akui, saya nakkan ganjaran pahala yang berterusan, walaupun setelah saya tiada di dunia ini. InsyaAllah. Dan yang kedua, saya nak mendekatkan diri saya dan anak-anak saya kepada Al-Quran. Sebagai hamba Allah, saya tahu bahawa 3 perkara yang akan ikut bersama2 kita apabila kita mati nanti ialah, amal soleh, sedekah jariah dan doa dari anak2 yg soleh... Justeru, saya ingin mempersiapkan diri saya seperti perkara kedua dan anak saya untuk perkara ketiga itu. Anak saya Nazhan Harraz sangat manja. Tak tercapai akal saya membayangkan untuk menghantar Nazhan ke sekolah-sekolah pondok yang ada sekarang untuk mendalami ilmu tahfiz dan al-Quran. Walaupun saya tahu, ia bagus untuk melatih nya berdikari, tapi...hehehe saya pulak yang risau... ; )
Hmmm...untuk impian yang ini, masalah saya ialah, saya kekurangan modal... Ada sesiapa yang nak invest pelaburan dunia akhirat ni...hehehe nanti kita discuss eh.... : )
Impian saya yang ketiga, saya berharap semoga saya diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang agar saya boleh terus berbakti kepada mereka yang memerlukan.
Memang kalau nak cakap pasal pergi melancong, shopping, i think that is everyone's wish. But I dont think dreams and wish is two similar things. Hence, here goes my dreams.....
Wednesday, May 8, 2013
Tuesday, May 7, 2013
What the......
Assalamualaikum dan selamat sejahtera everybody : )
Saya tau, ada di antara anda yang sedang dalam mood post pilihanraya. Whateva it is, semoga kerajaan yang dibentuk untuk 5 tahun yang akan datang akan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah untuk negara kita, Malaysia yang tercinta : )
Oooppsss.... nmpk mcm post yang berbaur politik kan...hahahha
No..no..no...bukanlah bidang saya untuk berbicara mengenai politik. Tapi saya rasa apa yang saya nak share dengan anda semua hari ni lebih penting daripada isu politik semasa. Yes...berkenaan apa yang telah kita sumbatkan ke dalam perut kita sejak + 30 tahun lepas, perut suami kita sejak + 12 tahun lepas, dan perut anak-anak kita sejak + 10 tahun lepas!!!!!
Saya tau ramai dikalangan anda diluar sana adalah wanita/ibu berkerjaya. Tapi, pada masa yang sama kita tak nak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai ibu dan isteri, especially bab penyediaan makanan. Disebabkan kita tak nak anak-anak kita terdedah kepada penggunaan serbuk perisa yang digunakan oleh kebanyakan restoran, maka kita sanggup bergegas balik kerja, letak beg terus pegang periuk. Masak untuk keluarga tercinta. Betul...????!?!?! Saya tau...; ), sebab saya juga tergolong dalam golongan ini... I'll do everything for my family.
Sad but true, kita dah tau, sebab kita selalu dah didedahkan dengan kandungan-kandungan yang terdapat dalam bahan mentah kita. Macam kat bawah ni...
tapi apa yang telah kita lakukan??? Saya sendiri hanya redha dengan keadaan itu... :(
Dan anak-anak saya, saaaaangatttt lah suka makan ayam....ikan memang sangat kureng..so...saya redha jer lah, setiap kali masak, doa supaya Allah jauhkan keluarga saya dari effek2 yang tak diingini.
Cuba anda amati dulu satu persatu collage gambar yang saya buat khas untuk tatapan anda di bawah...
Selama ni kita memang dah tau, ayam bandar yang kita makan tu dah disuntik dengan hormon-hormon yang kita tak tau apa isi kandungannya. Dan of courselah, bila dah disuntik, pasti ada bahan kimia yang disumbatkan ke ayam tu. Kita memang dah tau tentang bende ni, kita risau, tapi apa yang kita lakukan????
Again...NOTHING!!!! betul tak...paling tinggi macam yang saya lakukan, beli ayam, buang kulit, basuh bersih2...then...tawakkal tu a'lallah... bagi yang ada budget lebih sket, blh beli ayam organik or ayam kampung...(tapi susah gak nak carik ayam organik kat area saya nih)
Okay, saya akan ceritakan tentang gambar ni satu persatu (macam buat karangan bergambar kat sekolah pulak hihihi)
Nampak tak beberapa gambar kat atas tu, n ada yang hidden kat belakang tu yang ada bubble2 tu ?!??!
Haaa...sebenarnye apa yang saya buat ialah ketika gambar ini diambil, saya sedang mempurifykan ayam yang saya nak masak. Dalam erti kata yang mudah untuk difahami, saya sedang mensucikan ayam-ayam tersebut.
So, untuk selama lebih kurang 30 tahun yang lepas, saya dah consume ayam bandar ni. Belum kira ayam kay ep see lagi tu..haaaaa
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni, kawan saya Aida dok cerita kat saya tentang food purifier ni. Apa yang dia boleh buat..???
Secara ringkas dan mudahnye, Biozone Purifier ni menggunakan ozone (O3) untuk mendetoxkan (mengeluarkan) chemical dan membunuh bakteria yang ada dalam makanan mentah kita...
So berbalik kepada gambar kat atas tu, bubble2 dalam gambar tu adalah ozone yang dibebaskan oleh Biozone Food Purifier ke dalam air. Ozone yang dibebaskan tu akan menguraikan bahan kimia yang ada dalam ayam dan membunuh bakteria. Secara klinikalnya, kaedah ini telah terbukti dapat remove bahan kimia dan membunuh bakteria sehingga lebih dari 90%.
Semasa ayam tu sedang di'suci'kan, dia akan keluarkan satu bau yang agak busuk. Ayam ni kita purifykan selama 30 minit sahaja. Selepas dah habis 30 minit tu, cuba tengok balik gambar kat atas, bubble akan berhenti dan akan ada satu lapisan macam lemak kat atas air tu. And tengok gambar yang saya kaut bendasing tu pakai lidi tu.
Hmmmm.. apa agaknye tu ek...bende tu lah yang kita makan together-gether dengan ayam selama ni. and the worst part is, anak-anak kita suka pulak makan AYAM!!!! huh...
: (
And, nak tau lagi satu fakta yang NGERI???? Bendasing macam lemak tepu tu, tak terbakar, tak cair dan tak berubah bentuk bila dibakar dengan api (sila rujuk gambar kat tengah yang saya buat experiment dengan api tu) !!!!! hmmmm.... dan apabila bendasing ni dibiarkan di tempat terbuka selama beberapa hari, ia mengeras dan bertukar menjadi warna hitam. Eeewwwww.....Agaknye kalau dalam perut kita tu camne la ek????
Gambar ayam yang dalam besen tu pulak, adalah ayam saya selepas disucikan. Sekiranya anda melihat secara life, anda memang akan nampak perbezaan yang sangat ketara antara ayam yang telah disucikan dan ayam yang masih ternoda..ahaks...Memang LEBIH BERSIH!!!! (eh..apasal kaler kuning???)
Gambar tersorok kat belakang tu pulak....eheheh gambar apa yang saya lakukan pada ayam itu dalam langkah yang seterusnya. Saya gaulkan dengan kunyit hidup, tumbuk bawang merah, bawang putih n halia dan....lebuhhhhh...
Taaadaaaaa...jadilah ayam suci masak halia.
Perasaan saya..??? Saya rasa lebih konfiden dan lebih seronok sebab saya menghidangkan makanan yang saya masak sendiri dan yang paling penting, lebih selamat, tanpa bahan kimia dan bakteria untuk mereka yang saya sayangi.
Yes, saya kini telah menjadi pengedar rasmi untuk Biozone Food Purifier : )
Anda nak tau lebih lanjut mengenai Biozone Food Purifier?
Hubungi saya @ 0123000661 or email : znurulf@gmail.com
Thursday, April 25, 2013
Hujan....
Alhamdulillah...
Petang semalam hujan lebat di sekitar Lembah Kelang. Dengan guruh dan kilat. Takut jugak...tapi apa pon, hujan tu kan rahmat daripada Allah setelah kepanasan yang melampau untuk beberapa hari sebelumnya...syukur...
Waktu-waktu hujan lebat dengan petir bagai ni, tetiba saya teringat pulak kisah silam...hehe
kisah masa umur saya 6 tahun...sekarang???? eheheh sekarang dah berkali-kali ganda dah....
Kelakar pon ada bila diingat balik... ;-)
Masa tu umur saya 6 tahun. Saya gi sekolah Tadika Kemas kat Taman Marida. Both my parents kerja. Diaorg jadi cikgu...so selalunya dalam pukul 3 paling lewat, derang dah sampai rumah. Sekolah tadika saya ni nak kata jauh sangat dari rumah tu, tak la. Nak kata dekat pon, tak jugak... emm..ada dalam 600 - 800 meter kot. Masa saya mula2 sekolah tu, bila balik dari sekolah, saya akan transit dekat rumah sorang ustad ni, jiran saya. sebab anak ustad ni ada sekolah sama saya. Tapi selepas beberapa ketika, saya rasa tak seronok pulak melepak kat rumah orang. So saya pon cakap kat parents saya, saya nak terus balik rumah lepas sekolah...(tetibe rasa macam waaahhh hebat nye aku masa tu. Anak saya sekarang nak suruh naik bilik kat atas sengsorang pon takut..huhuh) hehehe...Parents saya memula tak bagi la...tapi saya nak jugak!!! So saya pon melalui la fasa percubaan...
Hari pertama - OK, saya balik rumah, masuk rumah and duduk diam2. Takut jugak, sebab sunyi jer kan rumah takde sesape. Tapi tak lama lepas tu mak n abah balik...selamat...
Hari kedua - OK jugak....
Selang beberapa hari...
(bukan gambar sebenar, tuan gambar saya guna gambar yer..)
Masa saya berjalan balik sengsorang tu, dah start mendung dah...
Saya sampai rumah terus masuk rumah and duduk dediam. Tak lama lepas tu dah start guruh, petir and kilat bagai
hujan pon turun dengan sangat lebatnye
saya dah start cuak dah...dah rasa nak nangis, tapi tak nangis lagi. Dok tengok jam, bila lah mak and abah nak balik nih...
Bila jam dah pukul 3..mak and abah tak balik lagi...saya dah start nangis dah sengsorang kat dalam rumah tu...huhu
Masa tu hujan masih lebat lagi, kilat, guruh , petir masih sabung menyabung..
3.15, saya nekad. Takut saya dah maximum masa tu. Tambah lagi dengan waktu yang sepatutnya mak and abah dah balik, tapi tak sampai2 lagi. Saya amik kunci rumah, saya keluar, saya lari pegi rumah makcik jamilah, jiran depan rumah saya. Terkejut mak cik tu tgk saya dalam hujan2 tu kat pagar rumah dia hehehe (kelakar pulak bila ingat balik) Terus dia panggil saya masuk rumah dia.
Saya cakap kat dia saya takut dok rumah sengsorang...
Mujur la tak lama lepas tu mak and abah saya sampai...and hujan pon dah berhenti... Alhamdulillah
Hari-hari yang seterusnya saya meneruskan rutin saya macam biasa. Tapi lepas tu saya dah okay. Sebab saya tau, Insyaallah, selepas satu ketika, hujan tu pasti akan berhenti. So, bila hujan jer saya duduk dediam kat dalam rumah, menunggu saat berhentinya hujan. Selepas itu, pasti matahari akan bersinar kembali.. :-)
Macam hidup kita kan...??? sampai satu ketika, pasti akan ada ujian buat kita. Tapi andai kita kuat, tabah, sabar dan istiqomah...Insyaallah, pasti ada sinar di penghujungnya.
Cheerio
NFZ
Wednesday, April 24, 2013
Bukan SABUN biasa....(Sabun Marine Essence)
Sabun bukan sebarang sabun ye...Ini sabun Marine Essence tau
Pengalaman saya dengan sabun marine
Pertama kali saya menggunakan sabun ini yang diberikan oleh rakan saya, saya suka dengan bau sabun marine ni.
Bau sabun ni tak wangi seperti kebanyakan sabun yang ada di pasaran (lux, palmolive, etc) tapi dia mempunyai kewangiannya yang tersendiri, yang susah untuk saya terangkan disini...hehe
Dan wangi sabun marine bagi saya sangat lembut, tak menusuk hidung, bau yang sangat segar..
Kawan saya kata, sabun ini boleh digunakan untuk memutihkan ketiak
hahaha (mana dia tau ketiak saya tak putih????)
Tapi saya tak fokuskan penggunaan saya ni pada satu2 kawasan sahaja, saya gunakan sabun marine ni untuk seluruh badan, macam sabun biasa, termasuk la muka...(sebab dia kata kat muka pon boleh guna)
Saya rasa badan saya lebih bersih dan lebih segar lepas gunakan sabun marine ni
Badan saya rasa sangat segar dan saya seperti mendapat satu tenaga baru lepas mandi
Bestnyeee....best sangat
saya tak dapt nakdescribekan rasa yang best tu kat sini
Dan kebetulan pada waktu itu, ada sebiji jerawat telah berjaya menapak di dahi saya ni, besoknya jerawat saya tu dah kecut, padahal semalam dia baru nak bertapak.
And saya rasa macam muka saya ni lebih berseri-seri n sweet dari sebelum ni hahahhaha
(setiap pagi bangun tido sekarang ni I belek muker dulu kat cermin hahaha)
Oh ye, satu lagi, buku lali saya yang kering tu (bila buku lali kering kan dia akan jadi hitam kan) sekarang dah semakin cerah.
Saya memang ingat nak ambil gambar bahagian badan saya ni yang mengalami perubahan untuk tatapan pembaca, tapi tetibe saya teringat bahawa bahagian badan saya adalah aurat saya. so...x blh la saya nak tunjukkan gambar sebagai buktinye.
Semoga anda semua yang membaca ini dapat merasai apa yang saya rasai ye....walaupon tanpa bukti bergambar :-)
Lagi satu, anak kecik saya Hazim (Hazim berusia 2 tahun ketika saya menulis catatan ini :) ), mewarisi ekzema dari abangnye. So setiap malam sambil tidur mesti dia carik saya suruh garu belakang dia.."Itchy ma...Itchy ma..."
Maka bila saya dengar perkataan itu, tengah-tengah tido tu, saya terpaksalah menggosok belakang dia sambil mata lelap..ngantuk
Tapi untuk few days back ni, bila saya mandikan dia sebelum tidur dengan sabun marine ni, Alhamdulillah, saya takde dah dengar perkataan itchy tu keluar dari mulut dia...hmmm OK lah tu kan...
Kandungan utama sabun ini adalah garam buluh
Ape itu garam buluh???
Ringkasnya, garam buluh ialah garam yang dihasilkan secara organik, bersifat alkali dan boleh meneutralkan toksid dalam badan yang berasid.
Di bawah ini saya senaraikan antara kebaikan sabun garam buluh (Sabun Marine Essence) ni:
Mengurangkan masalah ekzema
Melembapkan kulit
mengurangkan warna hitam pada kulit (bawah ketiak, siku, buku lali, etc)
Membersihkan kulit dari kotoran dengan berkesan
Menyegarkan badan (badan rasa lebih bertenaga)
Mengecutkan jerawat
dll
Anda nak cuba????
PM saya 0123000661 untuk pertanyaan lanjut
cheerio
NFZ
Tips Memilih Agent Umrah
Assalamualaikum...
Kenapa agaknya saya pilih untuk memulakan blog saya ni dengan tajuk ni ye???
hehe..betul! Sebab saya baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dijemput menjadi tetamunya. Sangat singkat rasanya masa selama 2 minggu di tanah haramain. (Tetibe rasa macam nak migrate..hihihi...boleh???)
Sebaik sahaja terdetik hasrat untuk mengerjakan ibadah umrah, perkara pertama yang perlu disurvey ialah agent yang akan membawa kita ke sana. Ye lah kan, menunaikan umrah bukan macam nak pegi beli kain cotton kat Ho Chi Minh...hohoho
Di bawah ni saya listkan (errr...ceritakan kotttt...)secara ringkas perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika memilih agent umrah anda.
1) Kredibiliti Syarikat dan staff
Sebaik-baiknya, pilih lah syarikat yang berhampiran dengan lokasi kita berada agar segala urusan lebih mudah untuk dilakukan secara bersemuka di pejabat. Pastikan staf-staf syarikat mampu untuk merungkaikan segala persoalan yang timbul dibenak fikiran anda dan mampu memberi informasi yang relevan dan meyakinkan mengenai produk pakej yang ditawarkan. Staf syarikat yang saya maksudkan adalah mereka yang menjawab panggilan anda apabila anda membuat panggilan kepada syarikat bertanyakan mengenai pakej yang diiklankan. Bukannya anda diminta untuk menghubungi semula beberapa kali pada kemudian harinya untuk bercakap dengan tuan punya syarikat yang pada masa yang sama menjadi mutawwif mengiringi jemaah umrah, marketing officer, pemandu pelancong, etc, etc kerana hanya DIA yang mengetahui segalanya.
Ini sangatlah penting kerana apabila kita telah engaged dengan syarikat berkenaan, kita akan sering berurusan dengan mereka untuk urusan bayaran, imigresen, visa, pastport dll. Justeru, ketidak efisienan mereka akan menyebabkan kita sentiasa panas hati dan mungkin akan menambahkan dosa kita sebelum berangkat ke tanah suci. Nau'zubillahiminzalik...
2) Terma dan syarat syarikat
Sewaktu anda meng'Google' syarikat-syarikat yang menawarkan pakej umrah, anda akan menemui syarikat-syarikat yang mempunyai terma dan syarat yang perlu di patuhi/di persetujui oleh pelanggan. Sekiranya kebanyak ayat di dalam terma berikut bermula dengan perkataan " Company will not be responsible..." atau " Syarikat tidak akan bertanggungjawab...." atau " Syarikat boleh mengubah...pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada pelanggan " --> Just forget it!!!
Term 'Customer is always right' masih releven. Terma-terma sebegini telah menunjukkan sedari awal bahawa syarikat memang meancang untuk tidak memberikan perkhidmatan yang baik/tidak mahu memperbaiki kelemahan syarikat mereka. Justeru, to play safe dan mereka tidak mahu pelanggan menyalahkan mereka di kemudian hari, maka mereka mewujudkan terma dan kondisi sedemikian rupa. So, please say NO to this kind of company. Kebarangkalian untuk mereka memanaskan hati anda di kemudian hari sangatlah tinggi.
3)Harga Pakej
Salah satu faktor yang berkait rapat dengan harga pakej ke tanah suci adalah jarak hotel dari perkarangan Masjidil Haram. Berlandaskan kepada survey saya, untuk jarak hotel sekitar 150m - 250m, untuk bilik berempat dan ke atas, harga pakej adalah dari serendah RM5500 - RM6500. Sekiranya kita nak bilik berdua, maka harganya adalah lebih tinggi. Sekiranya kita nak bilik berdua pada harga yang lebih rendah, hotel kita berkemungkinan besar adalah pada jarak yang lebih jauh dari masjidil haram.
4) Lokasi Hotel di Mekah
Sekiranya kita mempunyai kemampuan yang lebih, maka pilihlah pakej yangmenawarkan hotel yang berhampiran dengan masjidil haram. Ianya memudahkan kita untuk berulang alik menunaikan solat lima waktu di masjidil haram yang dijanjikalan pahala 100,000 oleh Allah S.W.T.
Tapi kalau kita kurang berkemampuan, sebab biasanya untuk hotel yang lebih dekat, harga pakejnye lebih tinggi, tak kisah lah duduk hotel mana pon. Kalau dalam jarak 250m - 500m still boleh berulang alik lagi. tapi kalau jarak lebih jauh, untuk menjimatkan tenaga, mungkin kita boleh rancang perjalanan. Contohnya, qiyamulail + solat subuh, then balik bilik, breakfast. Pegi untuk solat zuhor, then stay sampai asar, baru balik. Pas tu pegi maghrib, tunggu Isyak baru balik. Ada jugak yang balik lepas subuh, then pegi waktu zuhur, stay sampai Isyak, baru balik. bawak la roti ke pape sebagai alas perut sementara duduk di masjid tu. Balik malam, dinner.
Ada juga hotel yang agak jauh, tapi pihak hotel menyediakan pengangkutan bas untuk ke masjidil haram setiap kali waktu solat. So kene TANYA agent umrah kita berkenaan pengangkutan ke masjidil haram sekiranya jarak hotel kita agak jauh untuk ke sana.
Secara peribadinya, saya lebih suka hotel yang berhampiran masjidil haram. Tapi sekiranya tidak berkemampuan, jarak hotel sudah menjadi perkara kedua. Yang penting, kita telah berada di tanah haram dan yang selebihnya, rancang lah untuk mendapat kan yang terbaik.
5) Servis
-Mutawwif
Mutawwif adalah mereka yang telah dilantik oleh agent umrah kita untuk membantu/mengetuai umrah kita untuk kali pertama.
Ada travel agent yang mengupah para pelajar Malaysia di sana untuk menjadi mutawwif. Ada juga agent yang mengupah rakyat Indonesia yang tidak diketahui identitinya untuk menjadi mutawwif. TANYA kepada agent umrah anda, siapakah bakal mutawwif anda di tanah suci nanti. Sekiranya ini adalah pengalaman umrah pertama anda, pastinya anda perlukan mutawwif yang meyakinkan, yang boleh membantu anda melaksanakan ibadah umrah anda dengan sempurna, tanpa cacat cela atau sebarang keraguan.
Secara peribadinya, berdasarkan kepada pengalaman umrah petama saya, saya lebih meyakini para pelajar kita yang menjadi mutawwif di sana berbanding makhluk Allah dari negara jiran ini.
Justeru, TANYA kepada agent umrah anda, siapakah bakal mutawwif anda ketika umrah di Mekah.
Selain daripada menyediakan perkhidmatan mutawwif di Mekah, ada agent yang menjanjikan perkhidmatan mutawwif (saya rasa lebih tepat istilah pemandu pelancong digunakan) ketika di Madinah. Ada juga agent yang menjanjikan mutawwif wanita untuk menemani jemaah wanita mengunjungi taman syurga Raudhah di Masjid Nabawi. Sememangnya, sekiranya ada mutawwif wanita yang menemani anda mengunjungi Raudah, fasih pula berbahasa Arab, perjalanan anda ke Raudhah akan menjadi lebih mudah.
-Makan
Alhamdulillah, rasanye semua makanan yang disediakan oleh agent adalah selamat untuk dimakan. Bergantung kepada tekak kita jer boleh terima atau tidak. Tapi kalau rasa x boleh terima sangat, banyak jer kedai-kedai makan di kawasan sekitar masjidil haram/masjid Nabawi. So dont worry, boleh bungkus and makan kat bilik...hehehe
-Pemandu pelancong / wakil syarikat
Sepatutnya akan ada wakil syarikat yang station bersama kita di bangunan hotel yang kita duduk. Bukannya di hotel lain. Kerana mereka yang akan menjaga kebajikan jemaah berkaitan makan, minum, bilik, pengangkutan, sakit demam dan sebagainya.
So, TANYA jugak pada agent tersebut sebelum anda memilih untuk pergi bersama mereka. Ada agent yang lepas tangan apabila jemaah telah berada di tanah suci kerana mereka tinggal di hotel yang lain. Jemaah kene pandai2 pandai sendiri untuk menguruskan hidup selama lebih kurang 8 hari di tanah suci.
-Umrah dan ziarah
TANYA kepada agent tersebut, berapa kalikah umrah yang ditawarkan oleh pakej mereka. Maksud umrah yang ditawarkan oleh pakej adalah berapa kali mereka akan membawa kita keluar dari tanah haram (samada untuk ziarah/purposely untuk miqat) untuk niat umrah, dan selepas itu boleh terus mengerjakan ibadah umrah.
Ada syarikat yang menawarkan sehingga 5/6 kali umrah. maksudnya, mereka akan bawa kita ke luar kawasan tanah haram, miqat dan balik semula ke tanah haram untuk membuat umrah. Kebanyakan agent umrah hanya menawarkan 3 kali umrah. Bagi saya, pakej yang menawarkan 5/6 kali umrah, servisnya boleh dikategorikan sebagai BE (Beyond Expectation, terbaikkk...) Bagi yang menawarkan 3 kali umrah, pakejnya adalah OK.
-Value addeed service
Sekiranya pakej yang ingin kita ikuti itu disertakan dengan ustaz untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kita sepanjang kembara tanah suci kita, itu adalah value added service bagi saya. Memang banyak sangat persoalan yang akan timbul sewaktu kita di tanah suci. Berkaitan ibadah umrah, berkaitan DAM, dll. Sekiranya agent yang bersama kita adalah seorang yang reliable berkenaan hukum hakam agama, Alhamdulillah... Tapi sekiranya tidak???? Pastinya setiap persoalan agar terbiar tanpa jawapan. Silap-silap kene call ustaz kat Malaysia untuk pencerahan.
So, TANYA jugak kepada agent tersebut, adakah mereka yang faham hukum hakam agama yang akan bersama-sama anda ke tanah suci kelak.
6) Flight
Sebaik-baiknya, pilih lah flight penerbangan terus ke Madinah. Sekiranya tidak ada penerbangan terus ke Madinah pada waktu itu, pilihlah penerbangan ke Jeddah. Transit akan melambatkan waktu perjalanan dan memenatkan badan.
Perjalanan dari Jeddah ke Madinah dalam 5 jam menaiki bas. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah dalam 2 jam menaiki bas. Kebanyakan agent mengatur perjalanan dari Jeddah ke Madinah, bermalam 3 hari di Madinah dan bergerak ke Mekah. Perjalanan dari Madinah melalui laluan datang yang sama, lencongan sebelum masuk ke Jeddah untuk ke Mekah. Masa perjalanan Madinah-Mekah, lebih kurang 5 jam jugak. Perjalanan dari Mekah ke jeddah sekitar 2 jam.
7) Kursus Umrah
Ini SANGAT PENTING!!!
Ada diantara kita yang memandang ringan kepada kursus umrah memandangkan rukun umrah lebih sikit jika dibandingkan dengan haji. Justeru umrah dianggap mudah. NO, NO, NO. Jika di dalami, umrah tidak semudah yang disangka. Sekiranya rukun umrah tidak sempurna maka tidak sahlah umrah kita dan sia-sialah segala perbuatan kita.... dan sekiranya larangan umrah dilanggari, maka DAM lah keatas kita. Dengan pengetahuan yang cetek, kita mungkin menyangka umrah kita telah sempurna lalu melanggari pantang larang ihram. Sedangkan hakikatnya umrah kita masih belum sempurna dan kita masih di dalam ihram, nau'zubillahiminzalik...
Penuh kan lah ilmu di dada sebelum berangkat ke tanah suci supaya ibadat kita lebih sempurna.
TANYA kepada agent umrah tersebut, adakah kursus umrah ditawarkan kepada para jemaah. Sekiranya ada, tanya betul2 bila dan di mana. Ini lebih penting untuk mereka yang berada di luar kawasan operasi agent umrah. Bertegaslah dengan agent umrah anda berkenaan kursus umrah untuk anda. Minta mereka tetapkan satu tarikh untuk kursus umrah anda. Sekiranya mereka tidak berjaya melaksanakan kursus umrah untuk anda pada tarikh tersebut, sepatutnya mereka ada alternatif lain untuk anda. Kursus umrah di restoran atau di kedai mamak tidak sepatutnya berlaku. Sekiranya ini berlaku, itu adalah tanda2 awal kepada perkhidmatan yang lebih teruk seterusnya.
Anda boleh membatalkan pemergian anda dengan agent berkenaan sekiranya ini terjadi, untuk mengelakkan masalah lain yang mungkin timbul sepanjang kembara anda kelak.
8) Air Zam-zam
Berdasarkan kepada survey saya secara rambang, kebanyakan agent umrah di negara ini memasukkan air zam-zam ke dalam pakej jemaah. TANYA kepada agent umrah tersebut, adakah air zam-zam yang dimaksudkan adalah air zam-zam didalam botol sahaja atau telah dipek dan diseal di dalam plastik tebal serta dimasukkan ke dalam kotak? Sekiranya hanya air zam-zam di dalam botol, anda perlu sealkan air zam-zam tersebut dan masukkan ke dalam kotak di Airport Jeddah/ Madinah dengan bayaran SR15. Sekiranya pakej air zam-zam yang ditawarkan sudah siap berpek dan diletakkan dalam kotak, maka anda tak perlu buat apa2 lagi dan sepatutnya tidak akan ada bayaran tambahan yang diminta oleh agent tersebut ke atas anda lagi sebagai bayaran untuk pek dan kotak.
9) Dengarlah kata hati
Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih agent yang akan membawa anda mengunjungi tanah suci, buatlah kajian berkenaan syarikat yang telah disenarai pendek. Mungkin anda boleh mendapat serba sedikit maklum balas dari pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka. Buatlah istikharah meminta petunjuk dari Allah tentang hasrat anda. Dan akhirnya, dengarlah kata hati anda kerana ada masanya, ia adalah petunjuk yang nyata.
Wallahua'lam....
Sepanjang berada di tanah suci, of course kita akan jumpa jemaah dari travel agent yang lain. Justeru, ada beberapa travel agent yang boleh dikategorikan sebagai terbaikkk (pendapat peribadi saya dan husband). Kalau nak tau travel agent2 yang ok tu, juz PM me okay.... :-)
Cheerio
NFZ
Saturday, April 20, 2013
Thousand miles begin with the first step...
Alhamdulillah...
Perjalanan blogging saya telah bermula dengan bermulanya blog ini :-)
Sila beri tunjuk ajar ye...
Cheerio
:-) NFZ
Subscribe to:
Posts (Atom)






