Saya percaya semua orang ada impian masing2 kan. Orang gila pon ada impian kot...cuma mungkin sukar untuk mereka zahirkan melalui kata-kata.
Of course saya pon ada impian. Yes...dari dulu sampai sekarang, impian kita takkan pernah terpadam, selagi hayat di kandung badan...betul tak???
Jujur, dulu saya sering mengimpikan untuk memiliki rumah besar, kereta hebat, duit yang banyak...hehehe sangat duniawi kan...hahaha tipu kalau saya kata sekarang saya dah tak fikir tentang semua ni. Rasanya selagi kita bernafas di atas muka bumi ini, kita masih perlu dan berkeinginan kepada keperluan material, cuma mungkin pada skala yang berbeza.
Sebelum ini saya rasa sangat ingin mengunjungi tanah suci Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, hajat saya dah tertunai. Terima kasih Allah kerana memperkenankan hajat saya dan menjemput saya menjadi tetamu di rumah mu dan di tanah kekasih mu. SubhanAllah....pengalaman yang tidak dapat saya nak gambarkan dengan kata-kata. Hanya hati yang bisa merasainya....setiap saat terasa dekat dengannya. Dan hati ini rasanya seperti ingin terus kekal di sana. Walau banyak tempat yang telah dikunjungi, kunjungan ini adalah yang terindah. Dan impian saya kini, agar terus diberikan kelapangan rezeki, kesihatan yang baik untuk kembali ke rumah mu...Amin
Impian saya yang seterusnya....saya berhajat untuk membuka pusat tahfiz dan pengajian Al-Quran. Kenapa, sebab pertama, saya akui, saya nakkan ganjaran pahala yang berterusan, walaupun setelah saya tiada di dunia ini. InsyaAllah. Dan yang kedua, saya nak mendekatkan diri saya dan anak-anak saya kepada Al-Quran. Sebagai hamba Allah, saya tahu bahawa 3 perkara yang akan ikut bersama2 kita apabila kita mati nanti ialah, amal soleh, sedekah jariah dan doa dari anak2 yg soleh... Justeru, saya ingin mempersiapkan diri saya seperti perkara kedua dan anak saya untuk perkara ketiga itu. Anak saya Nazhan Harraz sangat manja. Tak tercapai akal saya membayangkan untuk menghantar Nazhan ke sekolah-sekolah pondok yang ada sekarang untuk mendalami ilmu tahfiz dan al-Quran. Walaupun saya tahu, ia bagus untuk melatih nya berdikari, tapi...hehehe saya pulak yang risau... ; )
Hmmm...untuk impian yang ini, masalah saya ialah, saya kekurangan modal... Ada sesiapa yang nak invest pelaburan dunia akhirat ni...hehehe nanti kita discuss eh.... : )
Impian saya yang ketiga, saya berharap semoga saya diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang agar saya boleh terus berbakti kepada mereka yang memerlukan.
Memang kalau nak cakap pasal pergi melancong, shopping, i think that is everyone's wish. But I dont think dreams and wish is two similar things. Hence, here goes my dreams.....
Wednesday, May 8, 2013
Tuesday, May 7, 2013
What the......
Assalamualaikum dan selamat sejahtera everybody : )
Saya tau, ada di antara anda yang sedang dalam mood post pilihanraya. Whateva it is, semoga kerajaan yang dibentuk untuk 5 tahun yang akan datang akan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah untuk negara kita, Malaysia yang tercinta : )
Oooppsss.... nmpk mcm post yang berbaur politik kan...hahahha
No..no..no...bukanlah bidang saya untuk berbicara mengenai politik. Tapi saya rasa apa yang saya nak share dengan anda semua hari ni lebih penting daripada isu politik semasa. Yes...berkenaan apa yang telah kita sumbatkan ke dalam perut kita sejak + 30 tahun lepas, perut suami kita sejak + 12 tahun lepas, dan perut anak-anak kita sejak + 10 tahun lepas!!!!!
Saya tau ramai dikalangan anda diluar sana adalah wanita/ibu berkerjaya. Tapi, pada masa yang sama kita tak nak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai ibu dan isteri, especially bab penyediaan makanan. Disebabkan kita tak nak anak-anak kita terdedah kepada penggunaan serbuk perisa yang digunakan oleh kebanyakan restoran, maka kita sanggup bergegas balik kerja, letak beg terus pegang periuk. Masak untuk keluarga tercinta. Betul...????!?!?! Saya tau...; ), sebab saya juga tergolong dalam golongan ini... I'll do everything for my family.
Sad but true, kita dah tau, sebab kita selalu dah didedahkan dengan kandungan-kandungan yang terdapat dalam bahan mentah kita. Macam kat bawah ni...
tapi apa yang telah kita lakukan??? Saya sendiri hanya redha dengan keadaan itu... :(
Dan anak-anak saya, saaaaangatttt lah suka makan ayam....ikan memang sangat kureng..so...saya redha jer lah, setiap kali masak, doa supaya Allah jauhkan keluarga saya dari effek2 yang tak diingini.
Cuba anda amati dulu satu persatu collage gambar yang saya buat khas untuk tatapan anda di bawah...
Selama ni kita memang dah tau, ayam bandar yang kita makan tu dah disuntik dengan hormon-hormon yang kita tak tau apa isi kandungannya. Dan of courselah, bila dah disuntik, pasti ada bahan kimia yang disumbatkan ke ayam tu. Kita memang dah tau tentang bende ni, kita risau, tapi apa yang kita lakukan????
Again...NOTHING!!!! betul tak...paling tinggi macam yang saya lakukan, beli ayam, buang kulit, basuh bersih2...then...tawakkal tu a'lallah... bagi yang ada budget lebih sket, blh beli ayam organik or ayam kampung...(tapi susah gak nak carik ayam organik kat area saya nih)
Okay, saya akan ceritakan tentang gambar ni satu persatu (macam buat karangan bergambar kat sekolah pulak hihihi)
Nampak tak beberapa gambar kat atas tu, n ada yang hidden kat belakang tu yang ada bubble2 tu ?!??!
Haaa...sebenarnye apa yang saya buat ialah ketika gambar ini diambil, saya sedang mempurifykan ayam yang saya nak masak. Dalam erti kata yang mudah untuk difahami, saya sedang mensucikan ayam-ayam tersebut.
So, untuk selama lebih kurang 30 tahun yang lepas, saya dah consume ayam bandar ni. Belum kira ayam kay ep see lagi tu..haaaaa
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni, kawan saya Aida dok cerita kat saya tentang food purifier ni. Apa yang dia boleh buat..???
Secara ringkas dan mudahnye, Biozone Purifier ni menggunakan ozone (O3) untuk mendetoxkan (mengeluarkan) chemical dan membunuh bakteria yang ada dalam makanan mentah kita...
So berbalik kepada gambar kat atas tu, bubble2 dalam gambar tu adalah ozone yang dibebaskan oleh Biozone Food Purifier ke dalam air. Ozone yang dibebaskan tu akan menguraikan bahan kimia yang ada dalam ayam dan membunuh bakteria. Secara klinikalnya, kaedah ini telah terbukti dapat remove bahan kimia dan membunuh bakteria sehingga lebih dari 90%.
Semasa ayam tu sedang di'suci'kan, dia akan keluarkan satu bau yang agak busuk. Ayam ni kita purifykan selama 30 minit sahaja. Selepas dah habis 30 minit tu, cuba tengok balik gambar kat atas, bubble akan berhenti dan akan ada satu lapisan macam lemak kat atas air tu. And tengok gambar yang saya kaut bendasing tu pakai lidi tu.
Hmmmm.. apa agaknye tu ek...bende tu lah yang kita makan together-gether dengan ayam selama ni. and the worst part is, anak-anak kita suka pulak makan AYAM!!!! huh...
: (
And, nak tau lagi satu fakta yang NGERI???? Bendasing macam lemak tepu tu, tak terbakar, tak cair dan tak berubah bentuk bila dibakar dengan api (sila rujuk gambar kat tengah yang saya buat experiment dengan api tu) !!!!! hmmmm.... dan apabila bendasing ni dibiarkan di tempat terbuka selama beberapa hari, ia mengeras dan bertukar menjadi warna hitam. Eeewwwww.....Agaknye kalau dalam perut kita tu camne la ek????
Gambar ayam yang dalam besen tu pulak, adalah ayam saya selepas disucikan. Sekiranya anda melihat secara life, anda memang akan nampak perbezaan yang sangat ketara antara ayam yang telah disucikan dan ayam yang masih ternoda..ahaks...Memang LEBIH BERSIH!!!! (eh..apasal kaler kuning???)
Gambar tersorok kat belakang tu pulak....eheheh gambar apa yang saya lakukan pada ayam itu dalam langkah yang seterusnya. Saya gaulkan dengan kunyit hidup, tumbuk bawang merah, bawang putih n halia dan....lebuhhhhh...
Taaadaaaaa...jadilah ayam suci masak halia.
Perasaan saya..??? Saya rasa lebih konfiden dan lebih seronok sebab saya menghidangkan makanan yang saya masak sendiri dan yang paling penting, lebih selamat, tanpa bahan kimia dan bakteria untuk mereka yang saya sayangi.
Yes, saya kini telah menjadi pengedar rasmi untuk Biozone Food Purifier : )
Anda nak tau lebih lanjut mengenai Biozone Food Purifier?
Hubungi saya @ 0123000661 or email : znurulf@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)


