Wednesday, May 8, 2013

Dreams...

Saya percaya semua orang ada impian masing2 kan. Orang gila pon ada impian kot...cuma mungkin sukar untuk mereka zahirkan melalui kata-kata.

Of course saya pon ada impian. Yes...dari dulu sampai sekarang, impian kita takkan pernah terpadam, selagi hayat di kandung badan...betul tak???

Jujur, dulu saya sering mengimpikan untuk memiliki rumah besar, kereta hebat, duit yang banyak...hehehe sangat duniawi kan...hahaha tipu kalau saya kata sekarang saya dah tak fikir tentang semua ni. Rasanya selagi kita bernafas di atas muka bumi ini, kita masih perlu dan berkeinginan kepada keperluan material, cuma mungkin pada skala yang berbeza.

Sebelum ini saya rasa sangat ingin mengunjungi tanah suci Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, hajat saya dah tertunai. Terima kasih Allah kerana memperkenankan hajat saya dan menjemput saya menjadi tetamu di rumah mu dan di tanah kekasih mu. SubhanAllah....pengalaman yang tidak dapat saya nak gambarkan dengan kata-kata. Hanya hati yang bisa merasainya....setiap saat terasa dekat dengannya. Dan hati ini rasanya seperti ingin terus kekal di sana. Walau banyak tempat yang telah dikunjungi, kunjungan ini adalah yang terindah. Dan impian saya kini, agar terus diberikan kelapangan rezeki, kesihatan yang baik untuk kembali ke rumah mu...Amin



Impian saya yang seterusnya....saya berhajat untuk membuka pusat tahfiz dan pengajian Al-Quran. Kenapa, sebab pertama, saya akui, saya nakkan ganjaran pahala yang berterusan, walaupun setelah saya tiada di dunia ini. InsyaAllah. Dan yang kedua, saya nak mendekatkan diri saya dan anak-anak saya kepada Al-Quran. Sebagai hamba Allah, saya tahu bahawa 3 perkara yang akan ikut bersama2 kita apabila kita mati nanti ialah, amal soleh, sedekah jariah dan doa dari anak2 yg soleh... Justeru, saya ingin mempersiapkan diri saya seperti perkara kedua dan anak saya untuk perkara ketiga itu. Anak saya Nazhan Harraz sangat manja. Tak tercapai akal saya membayangkan untuk menghantar Nazhan ke sekolah-sekolah pondok yang  ada sekarang untuk mendalami ilmu tahfiz dan al-Quran. Walaupun saya tahu, ia bagus untuk melatih nya berdikari, tapi...hehehe saya pulak yang risau... ; )


Hmmm...untuk impian yang ini, masalah saya ialah, saya kekurangan modal... Ada sesiapa yang nak invest pelaburan dunia akhirat ni...hehehe nanti kita discuss eh.... : )

Impian saya yang ketiga, saya berharap semoga saya diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang agar saya boleh terus berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Memang kalau nak cakap pasal pergi melancong, shopping, i think that is everyone's wish. But I dont think dreams and wish is two similar things. Hence, here goes my dreams.....

No comments:

Post a Comment